KITA BERPISAH Kita berpisah… Bukan sebab kita membenci. Kita berpisah… Bukan kerana dendam kesumat di hati sanubari. Kita berpisah… Bukan kerana ada insan lain dalam diri kita. Sungguh… Bukan kita yang merelakan perpisahan ini berlaku. Bukan kita yang mahukan perkara ini terjadi. Kita berpisah… Kerana kita perlu mengenali… Erti pengorbanan dalam sesuatu perhubungan. Ini bukan untuk kepentingan diri sendiri, Tapi untuk kepentingan bersama... Kita berpisah… Kerana kita memberi peluang. Serta haluan yang lebih baik untuk diri sendiri. Berilah peluang pada diri sendiri. Dan berilah peluang itu pada diri orang lain. Tiada dendam… Kerana kita masih lagi memerlukan. Tiada hasad dengki… Malah perlu saling mendoakan. Tiada marah… Kerana hati yang ikhlas sama merelakan. Jika tiada aral melintang… Dengan harapan pelangi yang indah itu akan pulang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar